Anzalna Terkejut Dengan Tindakan Neelofa Lantik Peguam

by Harian Malaya on 13 June, 2012

in Info Artis

Share:

Anzalna Terkejut Dengan Tindakan Neelofa Lantik Peguam : Terkini, Anzalna dilaporkan terkejut dengan tindakan Neelofa melantik peguam.

Petang tadi, berlangsung satu majlis dimana Neelofa telah membuat satu sidang akhbar yang ringkas berkenaan dengan pertelingkahan mereka berdua.

Anzalna Terkejut Dengan Tindakan Neelofa Lantik Peguam

Antara perkara yang berlaku petang tadi ialah Neelofa telah melantik peguam bagi menguruskan tindakan yang perlu dilakukan keatas Anzalna.  Perkara yang di tuntut ialah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari. Seandainya ianya gagal dilakukan oleh Anzalna, tindakan saman akan diteruskan.

Sementara itu, Anzalna dikatakan agak terkejut dengan tindakan Neelofa melantik peguam. Beliau dilaporkan berkata;

“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama”

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya,” ujar Anzalna Nasir yang di’temui awal malam ini.

“Seperkara lagi, saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali kali saya pesan & minta supaya tidak di’keluarkan untuk menjaga hati semua pihak.”

“Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang di tuntut,” tambah Anzalna Nasir sebagai penamat bicara.

Semakin bertambah panas kontroversi yang melanda Neelofa dan Anzalna ini, kita tunggu kesudahannya nanti.

5.0

Previous post:

Next post: