Arab Saudi dan Qatar Bantu Pejuang Syria

by Harian Malaya on 24 June, 2012

in Info Terkini

Share:

Arab Saudi dan Qatar Bantu Pejuang Syria : Negara Arab Saudi dan Qatar dilaporkan antara negara yang telah membiayai pejuang pemberontak di negara Syria.

Agensi berita Reuters melaporkan, seorang diplomat dari negara Arab Saudi telah memberitahu perkara ini kepada wartawan tersebut.

Arab Saudi dan Qatar Bantu Pejuang Syria

“Pembiayaan tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai tentera Syria berpaling tadah selain menguruskan Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan mengawal organisasi tersebut daripada disertai mana-mana kumpulan radikal”,

Tentera Pembebasan Syria dikatakan berasal dari golongan sunnah manakala tentera Syria pula di kawal oleh regim Presiden Bashar al-Assad dan dikatakan mendapat sokongan dari negara Iran.

Semalam, tentera Syria mungkin berada dalam keadaan kelam kabut kerana seorang dari anggota tentera udara mereka yang berpangkat kolonel telah menerbangkan pesawat MIG-21 mereka ke negara Jordan.

Juruterbang tersebut, Kolonel Hassan Merei al-Hamade, merupakan pegawai kanan pertama yang belot daripada unit paling penting pasukan keselamatan Syria dan berjaya mendaratkan pesawatnya di pangkalan udara Mafraq, Jordan.

Manakala dalam kekalutan semalam juga, sebuah pesawat  tempur milik tentera Turki, F-4 di laporkan telah di tembak jatuh  di kawasan perairan Laut Mediterranean oleh tentera Syria.

# Forblogger juga dapat info ada rakyat Malaysia yang turut berjuang disamping Pejuang Pembebasan Syria dan telah terbunuh disana…wallahualam.

Arab Saudi dan Qatar Bantu Pejuang Syria

5.0

Previous post:

Next post: