Awi Rafael Buang Tatu Ikut Cara Islam

by Harian Malaya on 28 June, 2012

in Info Artis

Share:

Awi Rafael Buang Tatu Ikut Cara Islam : Terbaru, Awi Rafael dikatakan sedang membuang tatu mengikut cara perubatan islam.

Sebelum ini, heboh kisah Awi Rafael di internet berkenaan tatu beliau semasa belajar di luar negara. Kini , katanya beliau sudah mula membuang tatu tersebut mengikut kaedah keislaman sejak setahun yang lepas sebelum gambarnya keluar di internet.

Awi Rafael Buang Tatu Ikut Cara Islam

“Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam.

“Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa,” ujarnya.

Melalui Facebook, baru -baru ini Awi Rafael dikatakan mengaku gambar tersebut adalah diri beliau, bagaimanapun beliau dengan berani dan ikhlas mengaku lalu memberi ruang banyak pihak untuk membantu beliau, termasuk para peminatnya.

“Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden.

“Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut,” ujarnya.

Jelas beliau, peminatnya juga turut memberikan sokongan dan sentiasa mendoakan perkara-perkara baik untuk dia.

“Alhamdulillahlah, sokongan mereka membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya,” katanya.

Walaupun nama Awi Rafael sudah tercalar akibat insiden tersebut, beliau tetap masih menerima tawaran persembahan dan dia amat bersyukur kepada Allah yang telah melimpahkan rezeki untuk beliau.

“Siapa sangka, dalam diri kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur,” ujarnya.

 

# Sebelum ini, Awi pernah di puji oleh seorang ustaz berikutan pengakuan berani beliau tersebut.

Awi Rafael Buang Tatu Ikut Cara Islam

5.0

Previous post:

Next post: