Azwan Ali Serik Dengan Kontroversi

by MediaKini on 17 June, 2012

in Info Artis

Share:

Azwan Ali Serik Dengan Kontroversi: Azwan Ali pengacara popular program Cit Cat Azwan Ali sudah serik dengan dikaitkan dengan kontroversi dan mahu mengelakkan dari pergaduhan dengan mana-mana individu.

Menurut Azwan Ali, dia kini gembira dan bersyukur dengan kemunculannya semula setelah lebih kurang 4 tahun menyepi dari industri hiburan tanah air. Dia sedar masih ada penonton yang menyukainya walaupun ada juga yang sebaliknya. Dia tidak peduli dengan perkara tersebut dan kini ingin fokus terhadap kerjaya seninya yang sudah berkembang dan mendapat respon positif dari stesen televisyen dan pihak media.

Terkini, Azwan Ali sedang menjayakan program realiti masakan iaitu MasterChef Selebriti Malaysia yang sedang ditayangkan di Astro Ria setiap sabtu hingga selasa pukul 9 malam. Antara artis lain yang turut menjayakan program tersebut ialah Raja Azmi, Juliza Adlizan, Datuk Fazley, Dr Faiz, Angah (Raja Lawak), Farouk Hussain dan Siti Sarah Raisuddin.

Kami dari pihak Forblogger mendoakan kejayaan Azwan Ali dalam kerjaya seninya dan juga kehidupannya. - Azwan Ali Serik Dengan Kontroversi

5.0

Previous post:

Next post: