Bapa Belasah Bayi Kerana Menangis Lapar

by Black Hat on 30 June, 2012

in Info Terkini

Share:

Bapa belasah bayi kerana menangis lapar : Seorang bapa belasah anak yang masih bayi kerana menagis lapar tatkala beliau sedang tidur.

Bapa Belasah Bayi Kerana Menagis Lapar

Penampang : Seorang bayi lelaki berusia setahun yang menangis kerana lapar susu, tidak dipujuk tapi sebaliknya ditumbuk dan dihumban ke katil sehingga bayi itu terjatuh ke lantai menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Siasatan turut mendapati bayi malang itu seakan didera kerana berdasarkan keadaan telinga dan kemaluannya yang cedera. Selain itu terdapat beberapa kesan luka serta melecur di tapak kaki anak kecil ini, dipercayai akibat dicucuh puntung rokok.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian tersebut berlaku di Kampung Tunoh.

Menurut laporan, sebelum kejadian itu ayah bayi tersebut yang berusia 24 tahun sedang tidur lalu terjaga apabila terdengar tangisan anaknya yang mungkin kelaparan.

Ibu mangsa kurang bernasib baik yang berusia 20 tahun kemudian bangun daripada tidur dan terus ke dapur untuk menyediakan susu manakala bayinya ditinggalkan di sisi suaminya – Berita Terkini @ Forbogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: