Bapa Chong Wei Nafi Bunuh Diri : Bapa Lee Chong Wei hari ini telah menafikan dakwaan beliau cuba membunuh diri seperti laporan media dan web tempatan semalam.
Lee Ah Chai, 59 bagaimanapun mengaku ada berhenti di Jambatan Pulau Pinang namun menafikan beliau cuba membunuh diri.
“Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.
“Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya ingin bunuh diri…ini tidak betul,” katanya.
Bapa Chong Wei juga dikatakan telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Chong Wei untuk menyelesaikan masaalah ini, dan berharap perkara ini juga tidak diperbesar-besarkan oleh pelbagai pihak.
Bapa Chong Wei Nafi Bunuh Diri – Forblogger @ Info Riadah

