Bapa Radhi OAG Meninggal Dunia : Rasanya belum terlambat bagi Forblogger mengucapkan takziah kepada Radhi OAG diatas kematian bapanya semalam.
Allahyarham Razali bin Sabang, meninggal pada jam 1.40 semalam dan berita tersebut telah disahkan sendiri oleh Radhi OAG.
“Ayah meninggal dunia kerana serangan jantung yang dialaminya sejak sekian lama. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada April lalu. Selepas itu, kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.
“Arwah ada berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan dalam masa yang sama gembira melihat perubahan diri saya,” katanya dalam nada sebak.
Difahamkan arwah ayahnya turut berpesan agar tidak memanggilnya dengan nama panggilan ‘Mulo’ yang tidak memberi sebarang erti. Sebaliknya memanggil dengan nama Radhi.
Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman Radhi.
Bapa Radhi OAG Meninggal Dunia – Forblogger @ Info Riadah
#Semoga arwah bapa Radhi dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan muslim dan muslimat yang diredhai Allah s.w.t

