Boleh Pilih Temuduga SPA Malam dan Hujung Minggu : terkini lebih dinamik calon boleh pilih temuduga SPA waktu malam dan hujung minggu.
Bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam semua calon akan diberikan pilihan untuk menjalani sesi temu duga SPA pada waktu malam atau pada hujung minggu berkuatkuasa dalam masa terdekat ini.
Tan Sri Mahmood Adam yang adalah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkata, pendekatan baharu ini antara penambahbaikan perkhidmatan yang dilakukan oleh pihaknya sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Mahmood Adam bagaimanapun berkata, bagi calon yang mahu berbuat demikian perlu memaklumkan kepada pihak SPA selepas menerima surat tawaran menghadiri temu duga – Berita Terkini @ forblogger.net.
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA

