Chin Peng Tenat Menunggu Saat Kematian : Chin Peng, ketua pengganas komunis yang terkenal di Malaya satu ketika dulu kini dilaporkan sakit tenat di Bangkok,Thailand.
Dalam menghadapi saat kematian, Chin Peng kini dirawat disebuah hospital swasta di sana. Keadaan beliau dikatakan sangat tenat dan uzur juga tidak mengenali orang atau kenalan yang menziarahinya.
Berusia 90 tahun, hasrat Chin Peng untuk kembali di Malaysia setelah berjuang dengan fahaman komunis selama 40 tahun kini semakin pudar dengan keadaan kesihatan beliau sekarang.
Mereka turut diberitahu oleh salah seorang pembantu Chin Peng, bahawa sebelumnya beliau telah pun bercakap mengenai kematiannya.
Chin Peng terkenal dengan fahaman parti komunis beliau, ramai juga dikalangan anak muda melayu terlibat dengan fahaman dan perjuangan ini, terutamanya kaum melayu di negeri Pahang.
Kebanyakan bekas anggota tentera menentang permintaan Chin Peng untuk kembali menetap di Malaysia kerana perjuangan mereka dahulu yang kejam, ditambah dengan penderitaan bekas anggota tentera dan keluarga mereka yang pernah terlibat dalam pertempuran dengan pengganas komunis.
Sejarah Chin Peng
Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong Koh, Sitiawan Perak dan telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berumur 15 tahun.
Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah setiausaha agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang AS$1 juta (RM3.2 juta).
Chin Peng Tenat Menunggu Saat Kematian


