CUEPACS Desak Bantu Penjawat Awam Beli Rumah

 

CUEPACS Desak Bantu Penjawat Awam Beli Rumah!! Kongres Kesatuan Pekerja-Pekarja Di Dalam Perkhidmatan Awam, CUEPACS hari ini mendesak pihak kerajaan untuk sama-sama membantu kakitangan awam yang sukar memiliki rumah sendiri untuk membeli rumah.

Seperti sedia maklum, masalah kesukaran penjawat awam untuk memiliki rumah ini disebabkan oleh kos pembelian rumah yang semakin meningkat buat masa kini ditambah pula pendapatan mereka yang agak rendah.

Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng berkata ia ekoran kenaikan harga rumah yang mendadak dan tidak terkawal. Katanya lagi, seorang penjawat awam Kumpulan Pelaksana yang menerima gaji bulanan tanpa sebarang pendapatan tambahan tidak mampu memiliki rumah di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang kerana harga rumah yang melambung terlalu tinggi.

Tidak dinafikan terdapat kakitangan awam yang masih kurang berkemampuan untuk membeli rumah dengan pendapatan yang boleh dikategorikan ‘rendah’ berbanding beberapa sektor lain. Mungkin dengan lingkungan gaji antara RM2,000 ke RM3,000 penjawat awam hanya mampu membeli rumah sekitar RM100,000 sahaja (dalam jenis flat kos sederhana mungkin).

Selain itu, Lok Yim Pheng turut menjelaskan, sebagai contoh, pekerja yang mempunyai gaji purata RM3,000 sebulan yang ingin membeli rumah pangsapuri bernilai RM160,000 ke RM200,000 akan menghadapi masalah dari segi pembayaran.

Pihak kerajaan seharusnya mengambil berat perkara ini untuk cuba menyelesaikan masalah pembelian rumah dikalangan  penjawat awam. Ini sejajar dengan slogan yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulikan, Pencapaian Diutamakan’. - CUEPACS Desak Bantu Penjawat Awam Beli Rumah

 

Comments

  1. sal says

    Terlebih dahulu nk ucapkan terima kasih kat CUEPACS sebab memahami masalah kte penjawat awam ni. Memang betul pun dh apply berape kali nk beli rmh x penahnya dpt. mcm sy dan rakan2 kt Kuching Sarawak yg rumah low cost pun harga linkungan rm140k ke atas. dh kja dkt 10 thn pun x layak lg.. of coz la pas tolak byr bulan kereta. gaji gred 17 ciput je. harap betul CUEPACS dpt bantu masalah kte penjawat awam terutamanya dlm membeli rumah ni. TK.

  2. miza says

    salam, saya juga eorang penjawat awam. sy anak jati penang pun tak mampu beli rumah kos sederhana kerana tak layak.bygkan org yg gaji rm3k – rm4k, layak beli rumah sekitar harga rm300k-rm400k. harga rumah sebegitu mana ada jual emuanya melebihi rm400k dan ke atas dan tidak setimpal dgn keluasan rumah.rata2 projek perumahan tertumpu kpd rumah mewah dgn harga melebihi rm400k. jd golongan spt km tersepit di antara pendptan rendah dan tinggi. harap pihak krjn memandang berat kes spt ini.

Leave a Reply