Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang

by Harian Malaya on 28 June, 2012

in Info Riadah

Share:

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang : Ella sah akan bernikah dengan seorang juruterbang swasta pada 7 Julai 2012 nanti.

Norzila Aminuddin ataupun di kenali sebagai Ella “Ratu Rock”  negara di sahkan bakal bernikah pada 7 Julai nanti. Bakal suaminya pula di katakan berasal dari Muar Johor.

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang

Majlis pernikahan pula akan di adakan di rumah pengantin perempuan di Klang, Selangor. Di fahamkan Ella dan bakal suaminya yang di gelar Mr “A”  telah di kesan menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara pada 3 dan 4 Mac yang lalu. Dengarnya, majlis merisik bakal pengantin perempuan juga telah diselesaikan.

Ella, penyanyi yang telah pun berusia 46 tahun itu juga di khabarkan bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada bulan Disember 2012 nanti, bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC). Bagaimana pun, Ella dikatakan enggan mengulas tentang hal tersebut.

 

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang

 

 

5.0

Previous post:

Next post: