Fazurina Kini Bertudung

by Malaysia Kini on 13 June, 2012

in Info Artis

Share:
Fazurina Kini BertudungFazurina kini bertudung selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu, beliau kini telah mengambil tindakan bijak dengan mengenakan tudung dengan sempurna.
Fazurina Kini Bertudung

Fazurina Kini Bertudung

Menurut sumber Fazurina berkata dia mengambil keputusan untuk bertudung ini datang ikhlas dari hatinya, bukannya dipaksa oleh mana-mana pihak.
“Saya tiada apa-apa alasan kenapa perlu ambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang dari hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke-30,” kata Fazurina.
Walaupun sedar kemungkinan tawaran berlakon bakal berkurangan, namun Fazurina tetap optimis dan menganggap setiap orang mempunyai rezeki masing-masing yang datang daripada Allah.
“Kalau Fazurina tidak bertudung pun kata rezeki itu bukan milik saya, ia tetap tidak akan menjadi hak saya. Saya reda dengan semua ketentuan tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak berbuat apa-apa mengenainya. Usaha itu lebih penting,” kata Fazurina.
Dalam pada itu, Fazurina memberitahu bahawa dia ada mendapat tawaran untuk berlakon sebagai watak utama untuk siaran TV3 namun dia terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.
“Niat saya bertudung bukan sementara, saya rasa sudah cukuplah saya membuka tudung sebelum ini, saya percaya dengan rezeki dari Allah,” ujar beliau.
Alhamdulilah Fazurina kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama “Trilogi Cinta” musim terbaru untuk RTM sebanyak 40 episod yang bakal ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Fazurina juga bakal muncul dalam filem “Baik Giler” bergandingan bersama Zizan Razak dan Awie yang bakal menemui penonton pada 28 Jun ini dan juga akan mucul dalam filem “Hantu Bukit Cina” yang dijangka ditayangkan pada akhir tahun ini.
 Forblogger | Hiburan - Fazurina Kini Bertudung
5.0

Previous post:

Next post: