Filem Mael Lambong

by Malaysia Kini on 25 June, 2012

in Info Artis

Share:

Filem Mael Lambong : Filem Mael Lambong difilemkan rentetan watak Mael Lambung yang dibawa oleh Zizan Razak dalam Maharaja Lawak ketika bertanding.

Filem bergenre aksi komedi merupakan filem ketujuh terbitan Excellent Pictures dan diarahkan oleh pengarah terkenal Ahmad Idham ini menampilkan tentunya Zizan Razak sebagai Mael Lambong & Juliana Evans sebagai Maria.

Filem ini mengisahkan Mael Lambong yang bekerja sebagai penarik kereta profesional yang jujur dan terkenal di Kuala Lumpur, berubah kehidupannya apabila dia bertemu dengan Maria yang merupakan seorang perisik.

Maria meminta pertolongan daripada Mael Lambong untuk melarikan diri dari penjahat dan secara tidak langsung melibatkan beliau di dalam insiden ini.

Pelarian mereka dari penjahat, telah membawa mereka ke Terengganu tempat asalnya Mael Lambong dimana dia telah 5 tahun meninggalkan kampungnya kerana merajuk.

Apabila kembalinya dia di kampung, muncul kembali kekasih lama Mael Lambong iaitu Rozie, walau bagaimanapun, Rozie telah pun bertunang dengan musuh Mael Lambong iaitu Tiger.

Tiger tidak senang dengan kepulangan semula Mael Lambong dan timbul lagi satu konflik pada Mael Lambong. bagaimana Mael Lambong mengharungi konflik-konfliknya? Mari sama-sama kita menyerbu pawagam berdekatan.

Semoga  anda terhibur dengan Filem ini! Kepada peminat setia Zizan, pastikan anda menonton dipawagam yang berdekatan. Pasti tidak menghampakan. – Forblogger | Hiburan

5.0

Previous post:

Next post: