Filem Tamil Perlekeh Minyak Sawit

by Harian Malaya on 25 June, 2012

in Info Riadah

Share:

Filem Tamil Perlekeh Minyak Sawit : Sebuah filem tamil, Saguni dikata telah memperlekeh minyak sawit yang dicatat sebagai minyak pilihan tertinggi disana.

Filem Tamil Perlekeh Minyak Sawit

Di bintangi pelakon Karthi Sivakumar dan pelawak Santhanam, filem tamil tersebut di arahkan oleh Shankar Dhayal merupakan sebuah filem bercorak sindiran politik.

Pengunaan minyak sawit menguasai 42 pertus pasaran di negara India, berbanding produk berasaskan minyak yang lain, ianya lebih murah dan menjadi pilihan ramai.

Satu daripada adegan dalam filem itu menunjukkan saat Karthi mahu membeli “bajji,” sejenis pisang goreng, tetapi Santhanam cuba menghalangnya dengan berkata, “Adakah anda mahu membeli itu? Ia digoreng dengan minyak sawit.”

Mimik muka Santhanam turut mencerminkan tanda “memperlekehkan” minyak sawit, yang sering kali dianggap sebagai “minyak masak golongan rakyat biasa” kerana kerajaan menggunakan minyak sawit untuk skim hidangan tengah hari bersubsidi dan minyak masak bersubsidi yang diperuntukkan untuk isi rumah di bawah garis kemiskinan.

Negara India menggunakan 16 juta tan minyak masak setahun dan 54 peratus daripadanya adalah minyak masak yang diimport.

Filem Tamil Perlekeh Minyak Sawit

5.0

Previous post:

Next post: