Floria Putrajaya 2012 : Floria Putrajaya 2012 Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia akan bermula 30 Jun sehingga 8 Julai 2012 di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.
Bertemakan “Bunga Kertas – Tetap Menawan”, Flora Putrajaya 2012 akan mempamerkan koleksi-koleksi terbaik dan terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman. Anda semua dijemput beramai-ramai hadir ke FLORIA 2012 dan menghayati kemeriahan serta keindahan pesta yang penuh berwarna-warni.
Lebih daripada 1 juta pengunjung dari seluruh dunia pada hadir pada Flora Putrajaya pada 2011. Floria 2012 pasti menarik lebih ramai pengunjung kerana menjajikan pertunjukkan yang lebih cantik dan berwarna-warni.
FLORIA 2012 akan mempersembahkan pameran daripada industri hortikultur; produk landskap komersil hingga ke pameran rekabentuk taman serta pameran bunga. Pengunjung yang hadir pasti terpukau dan terpesona dengan hasil dekorasi hamparan taman-taman bunga indah pelbagai warna, hiasan pintu gerbang dan laluan bunga-bungaan yang diatur dengan pelbagai susunan kreatif beserta rekabentuk landskap yang sangat unik. – Forblogger | Berita Terkini
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA

