Gambar Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

by MediaKini on 6 June, 2012

in Info Artis

Share:

Gambar Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp: Tahniah!! Nurul Wahab kini sah bergelar isteri kepada Eric Depp seorang jejaka warga Perancis tengahari tadi.

Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35 hari ini menamatkan zaman jandanya selepas selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihannya Eric Depp seorang perunding kesihatan warga Perancis Dutches Place, Jalan Ampang, 12.30 tengahari tadi. Nurul Wahab sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Ajai dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata sebelum bercerai setelah 11 tahun berumah tangga.

Dalam majlis pernikahan Nurul dan Eric tersebut, tetamu yang hadir adalah hanya dari kalangan saudara mara terdekat dari kedua belah pihak sahaja serta rakan artis terdekat. Hanya beberapa wartawan sahaja yang dijemput dalam majlis tersebut.

Yang uniknya dalam majlis pernikahan yang bertemakan ala inggeris ini, tiga bahasa digunakan iaitu Melayu, Inggeris dan Perancis. Nurul menerima 5 dulang hantaran dengan dibalas 7 dulang hantaran untuk pihak pengantin lelaki.Mas kahwin pula sebanyak RM80 dan wang hantaran RM5000.

Tahniah diucapkan kepada Nurul Wahab dan pasangannya Eric Depp diatas pernikahan mereka. Moga pasangan pengantin baru tersebut bahagia hingga ke akhir hanya mereka.

- Gambar Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

5.0

Previous post:

Next post: