Gambit Tiada Niat Cari Duit Melalui Judi

by Black Hat on 14 June, 2012

in Info Artis

Share:

Gambit Tiada Niat Cari Duit Melalui Judi : ketika dihubungi Gambit mendakwa tiada niat cari duit melalui judi poker.

Gambit Tiada Niat Cari Duit Melalui Judi

Menurut Gambit beliau bermain poker di sebuah lokasi hiburan di Australia baru-baru ini adalah bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan itu.

Gambit Saifullah Rosli (27) atau lebih dikenali dengan Gambit berkata, permainan tournament poker yang disertainya itu hanyalah suatu kebetulan bagi mengisi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya atas tujuan berjudi semata.

Link rujukan aartikel lepas : Gambit Saifullah Main Poker di Australia

“Saya menyertai tournament poker itu sebenarnya hanya secara kebetulan sahaja dan menganggap ianya satu permainan yang mengasa psikologi.

“Biarlah orang melontarkan pelbagai tuduhan terhadap saya kerana saya bermain pada tournament poker tersebut bukan kerana mahu mendapatkan duit judi, tetapi sekadar ingin menguji diri.

“Cakap pun tiada guna, kerana orang akan terus kritik saya. Biarlah saya dan Tuhan sahaja yang tahu niat sebenar, itu sudah cukup,” Ujarnya kepada ketika dihubungi pada Rabu.

Gambit juga sebelum ini telah menulis status melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam tournment poker yang disertainya pada 5 Jun lalu di Australia.

Oleh yang demikian, pengikut laman Twiter milik Gambit memberikan respon kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka akan hukum halal dan haram dengan tindakan menyertai tournament tersebut.

Bagaimanapun, Gambit meluahkan rasa kecewa apabila dihubungi dan mendakwa rakyat Malaysia cepat sangat membuat spekualsi buruk kepada dirinya.

“Saya samat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat meletakkan spekulasi kepada keburukan seseorang individu itu?

“Saya akui, salah juga meletakkan status yang boleh menimbulkan persoalan kepada masyarakat luar, tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, bukankah ia berbau fitnah? Dan fitnah itu haram bukan?

“Sebelum hendak mengata halorang, cerminlah diri sendir dahului,” tegasnya sebelum menghabiskan biacara ketika dihubungi.

5.0

Previous post:

Next post: