Generasi Y Penentu PRU 13

by Harian Malaya on 9 June, 2012

in Info Politik

Share:

Generasi Y Penentu PRU 13:  Mengikut data seramai 12,912,590 pengundi berdaftar di seluruh negara sehingga kini adalah Generasi Y Penentu PRU 13.

5,175,096 atau 40 peratus pengundi Generasi Y tersebut berusia antara 21 hingga 39 tahun. Generasi Y Penentu PRU 13, adalah mereka yang terdiri daripada kumpulan celik teknologi dan dilahirkan antara tahun 1980 dan 2000.

Generasi Y Penentu PRU 13

Statistik menunjukkan, empat daripada 10 pengundi baru didaftarkan adalah di bawah kategori ‘Generasi Y’ yang akan menentukan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Mereka juga merupakan generasi yang berfikiran bebas dan kesetiaan politik yang tidak tetap kerana akses yang lebih luas kepada maklumat.

“Kebanyakannya merupakan ‘pengundi atas pagar’ yang akan membuat keputusan pada saat-saat akhir,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang melakukan kajian terhadap 1,500 pengundi muda baru-baru ini.

“Kedua-dua parti politik perlu mengerah tenaga untuk memikat hati pengundi muda ini.”

Pensyarah Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Shaharuddin Badaruddin berkata, pengundi yang berusia 40 tahun ke atas merupakan penyokong tetap sama ada BN atau pakatan pembangkang dengan kedua-dua parti memperoleh sokongan hampir sama.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju bahawa golongan tersebut tidak mudah mengikut apa yang dikatakan orang lain. Jika dilihat dari perspektif ini, maka pengundi muda mungkin akan menjadi penentu untuk PRU 13 nanti, walaupun tiada sesiapa yakin mengenai perkara ini.

Menurut Khairi Jamaluddin;

“Semua strategi dan polisi sejak 2008 sentiasa disasarkan ke atas pengundi muda. Sejak dari itu, kami menyedari bahawa kumpulan terbesar pengundi pada pilihan raya akan datang terdiri daripada pengundi muda,” kata

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan pula berkata;

“40 peratus daripada calon parti adalah berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun sebagai usaha untuk memancing pengundi muda. Pengundi muda kebanyakannya non-partisan, jadi kami perlu mendekati dan meyakinkan mereka bahawa kami adalah parti terbaik untuk mewakili mereka,”

 

Generasi Y Penentu PRU 13

5.0

Previous post:

Next post: