Gunung Berapi Gamkonora Di Maluku Utara Meletus : Pukul 1155am pagi tadi gunung berapi Gamkonara di Maluku Utara meletus.
Letusan gunung berapi Gamkonora yang terletak di Pulau Halmahera, daerah Halmahera Barat, Maluku Utara pada pukul 11.55 pagi Rabu tadi telah mecetus semburan asap setinggi 3,000 meter.
Walaubagimanapun, Badan Nasional Pengurusan Bencana berkata abu letusan gunung berapi itu ditiup angin ke arah utara.
“Masyarakat dan penduduk berhampiran tidak perlu berpindah kerana lokasi kawasan penempatan masyarakat berjarak 15km dari Gunung Gamkonora.
“Letusan gunung berapi pada pagi tadi dilaporkan tidak memberi ancaman bahaya bagi masyarakat,” jelas BNBP dalam kenyataan tadi.
Dari tahun 1564 hinjgga 1989, gunung berapi Gamkonora itu meletus sebanyak 12 kali dan tercatat dalam sejarahnya letusan terbesar berlaku pada tahun 1673 sehingga mengakibatkan tsunami yang memusnahkan beberapa buah perkampungan di sekitarnya.
Gunung berapi Gamkonora berketinggian 1,560 meter itu kali terakhir meletus pada tahun 2007 yang mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA

