Hazama Terjun Bidang Lakonan? Hazama Juara AF ke 9 kini dikhabarkan mencuba nasib dengan terjun ke bidang lakonan pula. Terbaru, Hazama dikatakan mencuba bakat sebagai pelakon menerusi filem Cinta Atas Tar, arahan pengarah Ahmad Idham.
Hazama, 6 tahun terlibat didalam bidang nyanyian merasakan perlunya satu penghijrahan untuk diri beliau, supaya terus lebih maju dalam bidang yang diminatinya ini.
“Dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian. Lagipun ia merupakan satu proses pembelajaran sebagai seorang anak seni.
“Dan pada masa sama, saya boleh melihat sejauh manakah kemampuan bakat yang boleh ditonjolkan. Bagaimanapun, tak sangka Idham berani mengambil saya sebagai pelakonnya dalam ‘Cinta Atas Tar’,” katanya.
Hazama yang pertama kali berlakon filem, mengakui berasa gementar dan gemuruh dengan sambutan penonton apabila filem pertamanya bakal ditayangkan dipawagam nanti.
“Jujur saya katakan, walaupun menerima tawaran pengarah Ahmad Idham dengan hati terbuka, jauh di sudut hati, saya risau dengan persembahan lakonan yang diberikan, adakah ia mencapai tahap keinginan penonton atau tidak,” ujarnya.
Antara pelakon lain yang terlibat didalam pembikinan filem ini ialah Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar, Shenthy Feliziana dan Azad Jazmin.
Hazama juga mengakui terdapat perbezaan besar di antara bidang lakonan dan juga nyanyian. Beliau menganggap kesemuanya adalah lumrah dan satu ilmu yang wajar beliau perolehi apabila terjun kesesuatu bidang yang baru.
Hazama Terjun Bidang Lakonan – Forblogger | Hiburan


{ 1 trackback }