Cyberjaya – Apabila diutarakan mengenai ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ anjuran Pas yang menarik 50,000 penyokong, Dr M menyifatkannya sebagai ‘perhimpunan besar-besaran kerana diupah’ dan ianya tidak menjanjikan bahawa pakatan pembangkang bakal mengungguli PRU 13 tidak lama lagi.
“Saya sendiri biasa mendapat kurang daripada 100 orang yang datang untuk mendengar ucapan saya namun saya berjaya memenangi pilihan raya dengan baik berturut dalam beberapa Pilihan Raya Umum.
“Jika anda mengupah orang supaya datang dengan sedikit habuan, ramai antara mereka akan datang. Ini adalah perhimpunan besar-besaran kerana telah diupah.
“Anda boleh tengok nanti semasa PRU 13 kalau jumlah 50,000 itu dapat diterjemah kepada sokongan undi dan menghantar mereka (pakatan pembangkang) ke Putrajaya nanti,” ujarnya - Sinar.
Parti Politik Yang Menang Di Hati Rakyat PRU 13 Malaysia 2012
Banci : Sila Membuat Undian
Jumlah Pengundi: 1464
- PAS (46%, 678 Votes)
- Barisan Nasional (39%, 573 Votes)
- PKR (12%, 173 Votes)
- DAP (2%, 26 Votes)
- Lain-lain (1%, 9 Votes)
- BEBAS (0%, 5 Votes)

