Irma Hasmie Bakal Melangsungkan Perkahwinan : Irma yang telah melangsungkan pertunangan pada 27 mac 2012 yang lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan pda 29 Jun ini.
Berikutan majlis perkahwinan itu, kad jemputan majlis Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer telah pun sedia diedarkan. Majlis pernikahan mereka bakal diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi akan diadakan di MAEPS, Serdang hari yang sama pada jam 8.00 malam.
Irma Hasmie yang kini mengerjakan umrah, sedang dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah dan dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun ini. Pengacara dan juga pelakon TV popular ini berkata aktiviti seninya ketika ini diberhentikan sementara waktu untuk memberi laluan beliau mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan. Forblogger | Hiburan

