Jurutera hina Sultan kena penjara setahun : bahana dari ketaksuban politik melampau seorang jurutera yang hina Sultan kena penjara setahun.
Seorang Jurutera di Butterworth, Chan Hon Keong (29) semalam telah dijatuhkan hukuman penjara setahun beserta denda RM50,000 kerana meng hina Sultan Perak dengan menghantar komen luca* dalam sebuah laman web pada 2009 lalu.
Akmal Hishan Mohd Tajuddin selaku Hakim Mahkamah Sesyen turut memutuskankan Hon Keong akan dikenakan enam bulan penjara tambahan jika gagal membayar denda itu.
Ahli keluarga Chan Hong termasuk isterinya, Khoo Hui Suang (28) dilihat menitiskan air mata apabila mendengar keputusan hukuman.
Difahamkan, buat masa ini Hong Keong menjadi individu pertama dipanggil bagi membela diri dan didapati bersalah menghina Sultan Perak.
Enam individu didakwa di mahkamah berhubung kes menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika kemuncak kemelut politik di negeri itu pada 2009.
Dalam penghakiman itu, Akmal Hishan berkata : beliau berpendapat perbuatan menghina sultan yang menjadi simbol pemerintah negara adalah sebagai satu kesalahan serius dan sekiranya tidak dibendung, ianya akan menular serta tidak dapat dikawal.
“Olehyang demikian, mahkamah tiada pilihan lain dan adalah wajar mengenakan tindakan maksimum ke atas tertuduh iaitu dipenjara selama setahun berkuat kuasa hari ini serta denda RM50,000 dan sekiranya pelaku gagal membayar denda boleh dikenakan tambahan penjara selama enam bulan lagi,” katanya.
Dia didakwa menghantar komen itu di pautan http://books.dreambook.com/duli/duli.html (telah di padam), yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak, www.Sultan.Perak.gov.my dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Hon Keong telah dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komen itu yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pada 15 April 2009 lepas, Hon Keong tapil mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama isterinya, Hui Suang kerana mengedar komen lucah di ruang siber bagi menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Mereka telah didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Arowana Emas, Permatang Pauh pada jam 12.05 tengah malam bertarikh 13 Februari 2009.
Walaubagaimanapun, Hui Suang dibebaskan selepas didapati tidak bersalah di akhir penghujahan kes pada 13 Mac 2010, sementara Chan suaminya diarah membela diri.
Pendakwaantelah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali, manakala tertuduh pula diwakili peguam Md Yusuf Idris.

