Juvana The Movie : Drama Juvana yang ditayangkan di TV3 dulu kini bakal dijadikan filem. Juvana yang mendapat trofi Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2011 merupakan sebuah drama yang sangat menarik.
Masih segar lagi lakonan Zahiril Adzim (Daim) dan Johan Ariff (Botak) dalam lakonan drama Juvana di TV3 dulu. Anda tentu juga masih teringat akan Cikgu Zakiah yang dilakonkan Izreen Azminda Aznam. Cerita Juvana ini mempunyai pelbagai kelainan dan membawakan pelbagai iktibar.
Kini Filem Juvana akan menemui peminatnya hujung tahun ini. Dengan aksi yang lebih hebat di mana semua pelakon-pelakonnya begitu berjaya menghayati watak hebat mereka. Saksikan juga Sharnaaz Ahmad yang bakal menerajui filem ini.
Jom layan trailer ‘Juvana’ KLIK Sini —> Trailer Juvana
Juvana : sebuah filem sekual dari pemenang drama bersiri juvana anugerah skrin 2011 yang mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana.
Terbitan : Filmscape Sdn Bhd
Arahan : Faisal Ishak
Lakon layar : Alfie Palermo
Lakonan : Zahiril Adzim, Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramli, Shafie Naswip, Adam Shah, Idzham Ismail, Khairul Mohamed, Shera Aiyob, Megat Farzeril, Sara Ali


{ 1 trackback }