KBS Nafi K Pop Guna Wang Rakyat

by Harian Malaya on 2 June, 2012

in Info Artis

Share:

KBS Nafi K Pop Guna Wang Rakyat! KBS iaitu Kementerian Belia dan Sukan hari ini menafikan menggunakan wang rakyat untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012, di Putrajaya.

Kementerian Belia dan Sukan, menerusi Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

KBS Nafi K Pop Guna Wang Rakyat

“Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.

“Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Tiga kumpulan K-Pop yang di kaitkan dengan isu RM2.04 juta ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet. Persembahan kumpulan k pop itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Hari Belia 2012.

Mohid turut berkata KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program.

“Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh agen kepada Stadium First.

“Bagaimanapun, hasil perbincangan dengan agen berkenaan, Stadium First berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-Pop tersebut kepada RM900,000,” katanya.

# Semalam Forblogger mendedahkan dokumen pembayaran yang menunjukkan bayaran kepada artis K Pop itu pada Hari Jutaan Belia adalah berjumlah 2.04 juta juga permohonan maaf KBS jika konsert K Pop menyinggung pihak-pihak tertentu.

KBS Nafi K Pop Guna Wang Rakyat – Forblogger | Hiburan

5.0

Previous post:

Next post: