Keputusan Malaysia Vs Taiwan (Chinese Taipei)

by Harian Malaya on 28 June, 2012

in Info Sukan

Share:

Keputusan Malaysia Vs Taiwan (Chinese Taipei) : Keputusan perlawanan bolasepak Piala AFC U22 antara Malaysia vs Taiwan (Chinese Taipei) berkesudahan dengan Malaysia 4 Taiwan 2.

Malaysia yang berada dalam Kelayakan Kumpulan G memulakan aksi separuh masa pertama dengan cemerlang, 3 gol berjaya di hasilkan.

Keputusan Malaysia Vs Taiwan (Chinese Taipei)

2 Gol Malaysia di hasilkan oleh Mohd. Rozaimi Abd. Rahman, pemain yang tiba-tiba naik namanya di Piala Asia (AFC U22) ini. 1 lagi gol di jaringkan oleh pemain pasukan Taiwan sendiri.

Separuh masa ke dua, minit ke 50, Taiwan mengasak dan pemain berjersi no 10 mereka berjaya menghasilkan gol untuk merapatkan jurang kepada 3-1.

Pada minit ke 78, Saarvindran menambah derita untuk pasukan Taiwan dengan gol 4-1. Pemain Taiwan berusaha untuk bangkit, akhirnya minit ke 90 mereka berjaya mengurangkan defisit gol menjadikan kedudukan 4-2.

Keputusan terakhir, kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia iaitu 4-2. Bagaimana pun kelekaan pemain pada saat terakhir seperti penyakit untuk pemain Malaysia. Di harap ianya akan di tangani oleh jurulatih nanti.

Malaysia U 22 akan bertemu dengan pasukanVietnam selepas ini pada 30 Jun 2012, dan dalam perlawanan terakhir nanti Malaysia bakal berjumpa pula dengan pasukan tuan rumah iaitu Myamar pada 3 July 2012.

Dalam satu lagi perlawanan, Vietnam membelasah Filipina dengan jarinagn besar iaitu 9-0.

Keputusan Malaysia Vs Taiwan (Chinese Taipei)

5.0

Previous post:

Next post: