Lisa Surihani Tidak Suka Berpakaian Seksi? Pelakon comel yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Yusry KRU ini menyatakan bahawa beliau tidak suka berpakaian seksi.
Lisa Surihani merupakan seorang artis pujaan ramai. Selain comel, penampilannya sentiasa menawan dengan senyuman tanpa perlu berpakaian seksi dan menunjukkan yang tidak sepatutnya sangat menawan hati peminatnya. Pelakon yang baru mendirikan rumahtangga bersama Yusry pada 23 Februari ini sememangnya suka dengan gaya yang yang ringkas dan tidak selesa berpakaian seksi dan menayangkan tubuhnya sesuka hati kepada orang ramai.
Lisa yang berusia 26 tahun ini sentiasa kelihatan cantik dan ayu walaupun hanya berpakaian bersahaja dan tidak bermekap. Lisa lebih senang tampil dengan Natural Beauty. Menurut Lisa, dia tidak suka berpakaian seksi dan menjolok mata kerana merasakan tidak sesuai dan tidak mahu menjadikan seksi sebagai tarikan utamanya.
“Tidak dinafikan, saya juga seperti wanita lain yang gemar pergi membeli pakaian di kedai seperti Zara, Topshop, dan jenama terkenal yang ada di sini. Tapi itu hanyalah kegemaran, saya tidak kisah beli pakaian di mana-mana asalkan cantik dan selesa.” Ujar Lisa.
Forblogger berharap agar perubahan yang positif ini diteruskan dan Lisa seharusnya terus menerus berubah kearah yang lebih baik dengan memperkenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. - Lisa Surihani Tidak Suka Berpakaian Seksi


{ 1 trackback }