Maher Zain Nafi Dibayar RM1 Juta : Maher Zain nafi dibayar RM1 Juta untuk konsertnya pada 16 jun. Penyanyi kelahiran Sweden, Maher Zain sekali lagi kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert yang dinamakan Maher Zain ‘Forgive Me’ Live In Malaysia.
Ini merupakan kali keempat penyanyi ini menemui peminat di Malaysia dalam tempoh kurang dua tahun. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini ialah pada Oktober 2010. Tidak sampai beberapa bulan selepas itu, Maher Zain datang lagi pada Februari 2011 dan terakhir sekali adalah di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November lalu.
Walaubagaimanapun , ada pihak yang mempersoalkan mengenai kekerapan Maher Zain mengunjungi Malaysia. Ada desas-desus menyatakan bahawa beliau dibayar hampir Rm 1juta untuk setiap konsert.
Maher zain telah tampil dan menyatakan bahawa dakwaan itu langsung tidak benar sama sekali. Akan tetapi, dia tidak mahu mendedahkan angka sebenar bayaran yang diterimnya.
“ RM1 juta?. Tidak benar dakwaan itu. Tetapi saya juga tidak boleh mendedahkan jumlah bayaran sebenar yang saya terima. Bayaran saya bergantung kepada bagaimana konsert, persembahan yang saya tampilkan. Jadi, jumlah bayaran yang diterima adalah berbeza untuk setiap negara,” ujar Maher Zain tenang.
Mengulas tentang kekerapan kunjungannya ke Malaysia, Maher memberitahu dia memang suka dengan Malaysia, namun tidak dapat memberikan alasan sebenar. Jelasnya, bukan dia sahaja yang suka, tetapi isterinya juga suka dengan persekitaran Malaysia. Mungkin kerana suasana yang tenang dan tidak terlalu sejuk atau panas.
Pada konsert yang dijadualkan berlangsung selama tiga jam itu, Maher akan menyampailkan lagu-lagu hits daripada album terbaru Forgive Me dan album terdahulu Thank You Allah. Bagi tidak mengecewakan peminat Malaysia, Maher turut akan menyampaikan dua buah lagu berbahasa Melayu yang dimuatkan dalam album terbarunya iaitu ‘Ku Milik Mu’ dan ‘Tuntutanku KepadaMu’. – Forblogger | Hiburan
