Malaysia Vs Singapura 12 Jun 2012

by Harian Malaya on 12 June, 2012

in Info Sukan

Share:

Malaysia Vs Singapura 12 Jun 2012 : Perlawanan persahabatan Malaysia vs Singapura akan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam.

Dalam perlawanan sebelum ini, pasukan Malaysia hanya mampu seri 2-2 dengan pasukan Singapura di Stadium Jalan Besar.

Malaysia Vs Singapura 12 Jun 2012

Bagaimanapun, berlaku sedikit kontroversi dipenghujung perlawanan apabila pengadil dari Hong Kong menghadiahkan sepakan percuma dalam kotak penalti Malaysia.

Malam ini, pastinya ramai peminat bolasepak Malaysia akan hadir, membantu Malaysia sebagai pemain ke12 diatas padang. Rajagobal selaku jurulatih Malaysia dikatakan akan tetap menurunkan pemain yang sama seperti perlawanan lalu.

“Jika ada sebarang pertukaran pun, saya rasa ia hanya membabitkan satu dua pemain, bergantung kepada sesi latihan terakhir.

“Saya rasa tidak perlu membuat rombakan besar-besaran meskipun ia sekadar perlawanan persahabatan,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.

Antara pemain Malaysia yang tidak dapat diturunkan pada malam ini ialah Wan Zack Haikal Wan Nor yang mengalami kecederaan hamstring kanan, Ashaari Shamsuddin dan Mohamad Azmi Muslim yang dikatakan masih belum cergas sepenuhnya.

Diharap semua rakyat Malaysia dapat hadir ke stadium Shah Alam malam ini beramai-ramai memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.

Untuk menonton siaran secara streaming, anda boleh masuk ke “Live Malaysia Vs Singapura” yang telah kami disediakan.

5.0

Previous post:

Next post: