Nazmi Faiz Sedia Galas Cabaran Biera-Mar

by MediaKini on 14 June, 2012

in Info Sukan

Share:

Nazmi Faiz Sedia Galas Cabaran Biera-Mar: Pemain Bola Sepak Malaysia pertama bermain di liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor kini bersedia menggalas cabaran bermain dengan kelab barunya, Biera-Mar.

Menurut Nazmi Faiz yang ditemui di Majlis Kesyukurannya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur semalam, dia kini sudah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di Eropah yang jauh berbeza dengan cuaca Malaysia. Setelah menjalani latihan bersama kelab Biera-Mar bulan lepas, dia merasa dirinya kini semakin meningkat dari segi mental dan fizikal. Nazmi Faiz ternyata teruja dengan cabaran baru yang bakal digalasnya sebagai pemain perancang kelab Biera-Mar kelak.

Kontrak rasmi Nazmi Faiz bersama kelab Biera-Mar akan ditandatangani pada 17 Ogos depan setelah umurnya genap 18 tahun. Beliau akan ditemani kakaknya, Dr. Nazirah Farhah sewaktu berada di Eropah.

Buat masa terdekat ini, Nazmi Faiz fokus untuk perlawanan terdekat bersama skuad Harimau Muda menentang Qatar ahad ini. - Nazmi Faiz Sedia Galas Cabaran Biera-Mar

5.0

Previous post:

Next post: