Neelofa Adakan Sidang Akhbar Jawab Kontroversi : Neelofa telah mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan kontroversi yang melanda antara beliau dan Anzalna pada petang tadi.
Kontroversi yang tercetus, berikutan pendedahan Anzalna kepada sisipan hiburan Berita Minggu yang dikeluarkan oleh wartawan Zubir.
Kontroversi yang melanda ini turut mendapat perhatian dari rakan seperjuangan, mereka turut memberi beberapa respon, antaranya;
Rakan Neelofa dan Anzalna, Izara Aishah, menasihatkan agar kedua-dua rakan beliau ini berdamai dan menyelesaikan pertelingkahan itu dengan baik.
“Sebagai seorang rakan yang sama-sama menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010, saya ingin menasihatkan supaya Neelofa dan Anzalna menyelesaikan perkara ini dengan baik.
Harap mereka berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan fikirkan tentang masa depan. Masing-masing sudah punya nama dalam industri dan segala tindakan yang diambil pasti ada akibatnya di masa akan datang. Lebih-lebih lagu mereka sudah punya nama dan mula dikenali ketika ini,” ujar Izara
Manakala Budiey pula mencadangkan agar Neelofa membawa dan mendapatkan nasihat peguam sebelum dahulu sebelum bertindak.
Bagi Hans Isacc pula, dia berasa agak kecewa dengan sikap wartawan yang seolah-olah sengaja mencari isu dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir didalam sisipan Berita Minggu dan mencadangkan agar Neelofa menambil tindakan undang-undang kepada wartawan tersebut.
Zed Zaidi turut memberikan kenyataan, sekiranya terdapat salah laku antara mereka ini, pihak Seniman mencadangkan agar tindakan diambil terhadap mereka, antaranya dengan menyekat tawaran berlakon.
Neelofa Adakan Sidang Akhbar Jawab Kontroversi

