Neelofa, Tasha Shila dan Anzalna Bakal Disekat

by Black Hat on 12 June, 2012

in Info Artis

Share:

Neelofa, Tasha Shila dan Anzalna Bakal Disekat : Tawaran berlakon buat Neelofa, Tasha Shila Dan Anzalna Bakal Disekat Sekiranya Didapati Bersalah Oleh Jawatankuasa Disiplin Seniman – Zed Zaidi.

Neelofa, Tasha Shila dan Anzalna Bakal Disekat

Presiden Seniman Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut beliau dan pihaknya akan memanggil mereka yang terlibat untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis Malaysia.

“Sekarang ini semakin ramai dikalangan artis terutamanya artis baru yang gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’.

“Pertelagahan diantara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu menuruti emosi. Oleh yang demikian pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut dalam kadar secepat mungkin.

“Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ianya akan memberi pengajaran kepada mereka dan para artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang,” jelas Zed Zaidi.

Zed Zaidi diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa aktres Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha Shila.

Episod pergaduhan artis di fahamkan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH 2011 lepas menerusi sebuah akhbar mingguan.

Inya menjadi semakin panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial facebook.

Dalam pada itu tambah Zed berkata, sungguhpun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan artis lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan  satu-satu kemelut yang dihadapi.

“Buat masa ini pihak kami di Seniman tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

“Namun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah kelak, pihak Seniman akan campur tangan untuk menyelesaikannya,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, pihak Seniman juga dalam perancangan untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak timbul dan boleh berkurangan.

Mengikut syarat sebenar, semua artis di negara ini haruslah menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.

5.0

Previous post:

Next post: