Nik Aziz Saman Rahim Noor dan NST Rm10 Juta : Nik Aziz saman Rahim Noor dan NST Rm10 Juta kerana mengeluarkan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM10 juta. Saman itu telah difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Dan sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai nanti.
Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini.
Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun.
Saman terbabit difailkan ekoran kegagalan kedua-dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan oleh pendakwa.
“Defendan-defendan secara bersama/berasingan telah bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di muka surat 6 di dalam akhbar New Straits Times (NST), yang bertajuk ‘NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR’ ( Nik Aziz Bapa Kafir ) yang diterbitkan pada hari Selasa 08 Mei 2012, dimana artikel tersebut secara jelas menyebut secara langsung berita yang tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan Plaintif,” antara tulis writ saman tersebut.
Ekoran itu Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim bagi menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Bagaimanapun bekas ketua polis itu gagal menarik balik kenyataannya tersebut. Keengganan Rahim menyebabkan pelbagai pihak tampil membuat laporan polis dan demontrasi membantah kenyataan Nik Aziz sebagai Bapa Kafir itu.
Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan diwakili pasukan peguam diketuai Hanipa Maidin dan dibantu Hisham Fauzi, Aminudin Zulkepli, Hatman Abdullah, Abdul Rasyid Yah dan Hilmi Abdullah.
Nik Aziz dalam pernyataan tuntutan mahu defendan-defendan menarik balik berita fitnah yang disiarkan NST pada 8 Mei lalu. Selain itu permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan termasuk mengiklankan permohonan maaf tersebut semuka penuh dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Turut dituntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif. Injunksi juga dikemukakan bagi menghalang defendan-defendan memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.
Dalam afidavitnya Menteri Besar berkata, tulisan tersebut bermaksud menuduh dan memfitnahnya sebagai “bapa kafir” menggunakan agama untuk mengelirukan umat Islam. Tulisan tersebut juga disifatkan memberikan gambaran yang sangat buruk terhadap plaintif.
Forblogger | Politik - Nik Aziz Saman Rahim Noor dan NST Rm10 Juta .

