Nota Dari Penjara Kamunting : Satu nota khas yang dikatakan diseludup keluar dari penjara ISA Kamunting telah di siarkan di sebuah media tempatan.
Ianya berikutan cara dan kaedah soal siasat di dalam penjara tersebut. Nota yang tidak bertarikh itu dilaporkan diseludup keluar oleh kakitangan penjara Kamunting sendiri.
Didalam nota tersebut, dikatakan tahanan ISA yang masih ditahan di penjara Kamunting seramai 45 orang telah diseksa dengan pelbagai cara. Ianya juga dikatakan seperti seksaan di kem Guantanamo.
Seksaan tersebut dikatakan berlaku ketika proses soal siasat individu yang ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.
Bagaimanapun kandungan nota itu gagal disahkan. Antara perkara yang di sebut di dalam nota itu ialah:
- Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan “digantung terbalik” daripada satu “mesin” yang bergerak mengelilingi satu “bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman”
- “Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)”
- “Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk”
- Minyak panas dilumurkan ke bahagian sensitif.
- Mencabut bulu di badan, termasuk bulu bahagian sensitif.
- Melumur pes cili ke badan, terutama ke bahagian sensitif, dan “dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya” untuk tempoh dua hingga tiga hari
- Mencucuh bahagain sensitif dengan api rokok
- Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang dikatakan telah melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan yang menjalankan mogok lapar, turut menerima nota yang sama.
Pesuruhjaya Muhammad Sha’ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang membincangkan kandungan nota itu.

