Osman Kering Sah Meninggal Dunia: Pelawak dan pelakon veteran, Osman Kering kini disahkan meninggal dunia petang tadi akibat kegagalan fungsi otak.

Sebelum ini, berita kematian Arwah Osman Kering pernah disebarkan namun begitu ditarik balik setelah berlaku kesilapan maklumat dari pihak keluarga pelawak veteran tersebut. Arwah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pukul 3.45 petang tadi. Isteri Osman Kering, Che Norhayati Che Omar, 48 berada di sisi arwah semasa beliau menghembus nafas yang terakhir termasuklah 7 orang anaknya.
Jenazah Almarhum Osman Kering disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan jadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dah doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. - Osman Kering Meninggal Dunia


{ 2 trackbacks }