Osman Kering Sudah Kembali Stabil : Alhamdulilah. Kesihatan Osman kering sudah kembali stabil dan ini merupakan khabar baik buat semua peminat dan semua orang yang mengenali Osman Kering.
Dipetik daripada status Twitter Zuan Azmi, wartawan Melodi, Osman Kering kini dilaporkan sudah kembali pulih dan stabil. Diceritakan, doktor telah mencuci buah pinggang Osman Kering pagi tadi dan kini dia berada wad ICU, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Baru-baru ini kecoh mengenai khabar angin mengatakan Osman Kering telah meninggal dunia namun itu semua telah dinafikan apabila anak perempuannya, Nur Ain, mengesahkan sendiri bahawa Osman masih hidup. Ketika itu Osman Kering kritikal di hospital. Akan tetapi, ada yang menyangka Osman telah meninggal dunia. Apa pun, mari kita doakan agar Osman Kering semakin sihat.
Forblogger | Hiburan – Osman Kering Sudah Kembali Stabil


