Pekerja Kilang Perodua Mahu Lancar Piket? : Isu yang dah agak lama, tetapi kemungkinan ramai yang tidak mengetahui berita pekerja kilang Perodua mahu lancarkan piket.
Dipetik dari workersonblog, sekitar bulan April yang lalu telah berlaku satu pertemuan di antara 3 kesatuan pekerja Perodua iaitu Kesatuan Perodua Engine, Kesatuan Perodua Sales dan Kesatuan Pekerja-Pekerja PERODUA membincangkan kemungkinan melancarkan piket pekerja.
Semuanya berlaku dari rasa tidak berpuas hati para pekerja terhadap Managing Director baru Perodua iaitu Mr Morita yang melakukan perubahan terhadap undang-undang bekerja.
Antara perubahan besar yang dilakukan oleh pengurusan kilang tersebut ialah;
1. Memperkenalkan undang-undang “pas rehat 10 minit” dan “pas solat 15 minit” – termasuklah pergi tandas.
2. Tidak membenarkan pemakaian baju selain baju Perodua “didalam Jaket Perodua”.
3. ATM ditutup pada waktu tertentu.
4. Tidak membenarkan bekalan makanan dibawa dari rumah.
5. Penutupan urusniaga di kantin selain waktu rehat.
6. Menghadkan pergerakan pekerja dari satu stesen kerja ke stesen kerja yang lain dan membenarkan pegawai keselamatan mengambil tindakan ke atas pekerja yang meninggalkan stesen kerja mereka.
Berikutan itu satu perjumpaan di antara Majlis Jawatankuasa Kesatuan (MJK) Kesatuan dengan Pengurusan Tertinggi PERODUA Company Sdn Bhd (Managing Director & Excutive Director ) telah diadakan pada 13 April 2012 atas desakan kesatuan untuk mengelakan berlakunya piket yang di rancang pada 27 April 2012 yang lalu.
Bagaimanapun, keputusan perjumpaan di antara kedua-dua pihak tidak di ketahui. Anggapan Forblogger, kemungkinan perkara ini telah berjaya di selesaikan dengan baik di antara pengurusan Perodua dan juga Kesatuan Pekerja Perodua.
Pekerja Kilang Perodua Mahu Lancar Piket?






{ 2 trackbacks }