Pelakon Malaysia Kurang Berkualiti : Pelakon Malaysia Kurang Berkualiti, kata Ahmad Idham kepada sebuah akhbar tempatan.
Begitu ramai pelakon berbakat yang ada di Malaysia namun kenyataan Ahmad Idham tentang kekurangan pelakon Malaysia yang kurang berkualiti pastinya mengejutkan.
“Untuk memilih barisan pelakon ke layar perak, ia bukannya mudah dan sebagai seorang penerbit dan pengarah, saya perlu mencari pelakon yang berkualiti dan pada masa sama mempunyai nilai-nilai komersial.
“Sebab itu saya kerap menggunakan khidmat pelakon yang sama dalam filem-filem saya. Cuba beritahu nama pelakon-pelakon yang mempunyai ciri-ciri itu, tidak ramai bukan?” katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mael Lambong di sini, malam Selasa.
Ahmad Idham, seorang penerbit dan pengarah filem menyifatkan kekurangan pelakon yang berkualiti di negara ini membuatkan dia terpaksa menggunakan senarai pelakon yang sama setiap kali menerbitkan sesebuah filem baru.
Beliau turut berkata, walaupun industri lakonan tempatan dipenuhi setiap tahun dengan pelakon-pelakon baru, namun daripada segi kualiti lakonan, ia masih lagi kurang memuaskan hati beliau.
Tambahnya, satu lagi faktor ialah keserasian pelakon yang sering dipilihnya itu membuatkan ia lebih mudah ketika menjalani penggambaran kerana masing-masing tahu akan peranan yang diberi.
Zizan Razak, Taiyuddin Bakar (Tai), Kamal Adli, Juliana Evans dan Shaheizy Sam antara pelakon yang sering berkerjasama dengan beliau.
Pelakon Malaysia Kurang Berkualiti


{ 5 trackbacks }