Pemuda PAS Sokong BR1M Ke 2

by Harian Malaya on 10 June, 2012

in Info Riadah

Share:

Pemuda PAS Sokong BR1M Ke 2: Pemuda PAS Sokong BR1M Ke 2, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Menurut Nasrudin Hassan (ketua DPPP), pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan pihak DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Pemuda PAS Sokong BR1M Ke 2

“Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang PAS pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan,” katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin dilaporkan ketika mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi menurut Nasrudin,  BR1M perlu diberi lebih awal dan tidak seharusnya dijadikan ‘gula-gula’ dalam meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.

Dalam pada itu, beliau menempelak Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyeru rakyat Kelantan supaya tidak menderma bagi pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Baharu-Kuala Krai di Kelantan.

“Kami tidak pernah memaksa rakyat untuk menderma, derma ini sesuatu yang digalakkan Islam. Malah bila menderma wujud ‘rasa tanggungjawab’ di kalangan rakyat terhadap lebuh raya itu.

“Dia (Ibrahim) kata tunggu kerajaan bina, tetapi sampai bila nak tunggu. Kerajaan banyak salurkan peruntukan kepada projek lain dulu,” katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Rakyat yang bernilai RM1.8 bilion pada 28 Mei 2012 yang lalu. Lebuh raya sepanjang 73km itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

PEMUDA PAS SOKONG BR1M KE2  @ Forblogger | Info Riadah

5.0

Previous post:

Next post: