Penyerang Ukraine Shevchenko Kini Bersara

by Malaysia Kini on 20 June, 2012

in Info Riadah

Share:

Penyerang Ukraine Shevchenko Kini Bersara  : Penyerang terbaik Ukraine, Andriy Shevchenko mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada dunia bola sepak peringkat antarabangsa setelah pasukannya terkeluar dari saingan Euro 2012.

Penyerang berusia 35 tahun itu memenangi caps yang ke-111 untuk negaranya pada perlawanan apabila beliau dimasukkan sebagai pemain gantian menentang England.

“Saya hanya mahu bermain satu perlawanan lagi untuk mengucapkan selamat tinggal, khususnya kepada keluarga, rakan-rakan dan semua peminat yang telah menyokong karier saya selama bertahun-tahun. Masa untuk bersara telah tiba.” ujar Shevchenko.

Beliau juga menyatakan Ukraine bermain dengan baik hari ini dan kecewa dengan tindakan pengadil apabila gol Marko Devic tidak dikira dan sudah melepasi garisan gol.

Beliau meramalkan England akan layak ke perlawanan akhir dan mengucapkan tahniah. England telah mengalahkan Ukraine 1-0 melalui jaringan Wayne Rooney. Beliau juga meramalkan bahawa England akan ke peringkat akhir.

Shevchenko telah menjadi kapten untuk suku akhir Piala Dunia 2006 dan memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun 2004. Shevchenko telah menjadi wira untuk negaranya selama lebih satu dekad, dengan rekod kebangsaan sebanyak 48 gol. Dia menjaringkan gol pertama dalam karier antarabangsa ketika aksi persahabatan menentang Turki pada tahun 1996.

Dia juga menjaringkan dua gol ketika perlawanan pembukaan kejohanan kali ini ketika menewaskan Sweden 2-1.
Untuk peringkat kelab, dia telah beraksi bersama AC Milan dan membantu kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara ketika tahun 2003. Shevchenko seorang pemain bolasepak yang berbakat besar dan beliau telah menyumbangkan banyak jasa dalam menceriakan dunia arena bolasepak.-Forblogger | Info Riadah

5.0

Previous post:

Next post: