Penyokong Sepanyol EURO 2012 Dibunuh: Seorang penyokong bola sepak Sepanyol yang bercuti di Ukraine untuk menonton perlawanan bola sepak EURO 2012 dibunuh!
Seorang penyokong pasukan bola sepak Sepanyol ditemui mati dibunuh selepas hampir sebulan tidak ditemui di bandar kecil Makeyevka di wilayah Donetsk, Ukraine, menurut media tempatan.
Pihak polis telah melancarkan usaha mencari lelaki berusia 46 tahun itu yang bercuti menjelang EURO 2012 selepas kakitangan hotel tempat mangsa pembunuhan menginap di Makeyevka melaporkan kehilangan beliau.
Menurut laporan itu, polis menahan tiga lelaki yang disyaki membunuh mangsa. – Penyokong Sepanyol EURO 2012 Dibunuh

