Perhimpunan Hijau 2 jun 2012 ok? berlangsungnya Perhimpunan Hijau di Stadium Darul Aman Kedah esok.
ALOR SETAR: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu dan kumpulan sekiranya mencetuskan kekecohn dan kekacauan sepanjang berlangsungnya anjuran PAS ’Himpunan Hijau Ke Putrajaya’ di Stadium Darul Aman di sini, esok.
Datuk Abdul Ghafar Rejab selaku Timbalan Ketua Polis Kedah berkata, pihak polis akan menghalang sebarang demontrasi oleh mana-mana pihak lain di tempat sama bagi mengelak berlaku pergaduhan dan kekecohan akibat provokasi nanti.
Menurutnya, hasil risikan setakat ini mendapati tidak ada mana-mana pihak atau individu yang merancang melakukan provokasi terhadap himpunan hijau tersebut nanti.
Tambahnya, pada masa sama pihaknya akan menempatkan 550 anggota polis yang akan mengawal keselamatan, ketenteraman awam, trafik dan jenayah sekitar stadium yang bakal disertai 30,000 hingga 40,000 anggota dan penyokong PAS.
“Kami juga telah bentuk satu pasukan untuk memantau di sekitar kawasan stadium tersebut daripada berlaku kejadian yang tidak diingini seperti letupan,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
Abdul Ghafar memaklumkan, pihaknya menjangkakan tiga jalan utama iaitu Jalan Stadium, Lebuhraya Darul dan Jalan Tun Razak akan sesak dan akan menempatkan anggota trafik untuk mengawal lalu lintas di kawasan tersebut bagi memudahkan mereka ke stadium untuk berhimpun.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan berkunjung ke pusat bandar agar mengambil jalan alternatif lain bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan trafik di tiga jalan yang dimaklumkan tersebut.
“Bagi yang datang dengan bas, mereka boleh menurunkan penumpang di sekitar stadium dan meletakkan bas di Dataran Masjid Zahir, Kompleks Pendidikan Negeri, Wisma Darul Aman, Stadium Sultan Abdul Halim, Taman Jubli Emas dan Stadium Sultan Abdul Halim.
“Kami juga turut menempatkan anggota trafik di Pekan Rabu kerana peserta himpunan dan orang ramai tersebut dijangka akan berkunjung di situ juga,” ujarnya.
Bermula 9 pagi Himpunan Hijau itu akan berlangsung esok di Kompleks PAS negeri, Kota Sarang Semut dekat sini manakala jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam pula akan berlangsung di Stadium Darul Aman.
Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memegang jawatan Menteri Besar Kedah, dan beberapa lagi pemimpin parti itu turut hadir dalam Perhimpunan Hijau ini. – BERNAMA

