PM Najib luluskan pinjaman RM235 juta

by Malaysia Kini on 16 June, 2012

in Info Politik

Share:

PM Najib luluskan pinjaman RM235 juta : Najib luluskan pinjaman RM235 juta kepada kerajaan negeri Sabah bagi membina sebuah loji rawatan air bersih di sini.

Najib luluskan pinjaman RM235 juta

Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana  Menteri Malaysia ketika mengumumkan perkara itu berkata, berita gembira itu adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan untuk memastikan rakyat terutama di kawasan pedalaman menikmati kemudahan asas yang lengkap dan sempurna.

Menurutnya lagi, pembinaan loji itu apabila siap kelak bakal memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna di daerah itu.

“Kehadiran saya di sini bukanlah semata-mata kehadiran kosong tapi saya hendak mengumumkan berita gembira buat rakyat Keningau iaitu kelulusan pembinaan sebuah loji rawatan air bersih di sini,” ucap Datuk Seri Najib ketika merasmikan majlis di Keningau. -Forblogger | Politik

5.0

Previous post:

Next post: