Rafizi letak jawatan : 21 Jun 2012 Rafizi letak jawatan beliau iaitu Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi.
“Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk Kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim,” Jelasnya dalam satu tweet siang tadi.
Rafizi memegang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lagi yang mana diterajui oleh Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim.
“Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan Parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah,” ujarnya lagi.
Dalam tweet lainnya, beliau memberitahu belum membuat sebarang perancangan namun mahukan rehat bagi menumpukan kepada ibadah ramadhan yang hampir tiba tidak lama lagi.
Bagaimanapun, kemelut dan kontroversi yang menyelubungi PKR Selangor didakwa sesetengah pihak sebagai punca terzahirnya keputusan drastik ini sekalipun Rafizi mendakwa mahu berehat dari tugas rasmi dan kerja parti.
Pihak pro pembangkang mahupun pro kerajaan kini hangat mengutarakan berbagai spekulasi masing-msing mengenai tindakan perletakan jawatan beliau.



{ 1 trackback }