Rakyat Bakal Terima BR1M 2: Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah memberi cadangan kepada pihak kabinet untuk mewujudkan BR1m pusingan kedua semasa mesyuarat jemaah Menteri semalam.
Sebelum ini pihak kerajaan telah memberi skim Bantuan Rakyat 1Malaysia tersebut kepada 4.2 Juta isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Ternyata melalui bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat. Walaupun nilainya sedikit, namun ianya amat berharga bagi mereka yang memerlukan.
Menurut TPM, bantuan BR1M antara inisiatif terbaik kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu besar kemungkinan kerajaan akan meneruskan bantuan tersebut bangi membantu rakyat.
Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat, kalau bukan kerajaan siapa lagi? Diharap kerajaan sentiasa komited dalam membantu rakyat bukannya hanya bila pilihan raya semakin dekat saja. – Rakyat Bakal Terima BR1M 2


{ 1 trackback }