Ras Adiba Terpaksa Botak Kerana Kanser : Kerana menyokong usaha pesakit kanser, Ras Adiba Radzi sanggup membotakkan kepalanya.
Di akui, Ras Adiba adalah wanita yang berjiwa kental kerana sanggup membotakkan kepala berikutan menyahut seruan dan memberi sokongan kepada para pesakit kanser khususnya kepada kanak-kanak.
Rambut di kepala Ras Adiba Radzi telah dipotong di sebuah salon bernama A Cut Above yang mana di punyai oleh Winnie Loo dan yang menariknya rambut Ras Adiba di potong sendiri oleh pemilik salon tersebut.
“Kalau bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, saya memiliki ahli keluarga yang juga penghidap kanser. Ayah tiri saya meninggal dunia kerana barah kolon manakala pak cik dan beberapa rakan menjalani rawatan atas sakit dihadapi.
“Mereka orang terdekat dengan saya dan saya melihat mereka sangat tabah dan kuat. Bayangkan bagaimana mereka melalui hari-hari mereka dan saya berasa cukup hormatkan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ras di jemput oleh persatuan MAKNA ( Majlis Kanser Nasional) untuk menyokong usaha kempen terbaru mereka iaitu “Jom Botak”. Beliau turut memberitahu, yang dia tidak kisah seandainya perkara ini menjejaskan kerjaya beliau kerana apa yang di lakukannya adalah sesuatu yang baik demi membantu golongan yang di dalam kesusahan.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha saya tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang pesakit hadapi khususnya kanak-kanak.
“Jadi saya berharap lebih ramai masyarakat menunjukkan rasa prihatin mereka dan bersama-sama kami nyatakan sokongan terhadap pesakit kanser. Saya berharap dapat mengumpul sumbangan peribadi RM50,000 untuk tabung Makna.
Kempen MAKNA itu telah berjalan sebulan yang lepas, dan Ketua Projek Kempen Jom Botak, Datuk Dr Arunan Selvaraj berharap kempen ini dapat memenuhkan tabung MAKNA sekitar RM50,000.
Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh berhubung menerusi www.jombotak.makna.my untuk maklumat yang lebih lanjut.
Ras Adiba Sanggup Botak Sokong Kanser



{ 1 trackback }