Remaja Kantoi Ketika Intai Jiran Mandi

by Malaysia Kini on 11 June, 2012

in Info Terkini

Share:

Remaja kantoi ketika intai jiran mandi ? Seorang remaja bawah umur yang tidak bersekolah ‘kantoi’ ketika mengintai jirannya sedang mandi dalam satu kejadian di Kampung Tanjung.

Remaja kantoi ketika intai jiran mandi

Lebih malang lagi, remaja berusia 16 tahun itu berjaya dicekup suami jirannya itu sendiri, setelah perbuatan tersebut disedari mangsa yang berumur 27 tahun.

Berikutan kejadian itu, remaja itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian kemeja, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya, sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Abdul Hayyi kemudiannya menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin. Akhlak remaja kita kini semakin runding. Forblogger berharap agar semua pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah pencegahan agar perkara seperti ini dapat  dicegah dan dibanteras.

5.0

Previous post:

Next post: