Saham Felda Kedua Terbesar Selepas Saham Facebook

 

Saham Felda Kedua Terbesar Selepas Saham Facebook ! Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) semalam melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang terbesar di Asia pada tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook yang membabitkan 2.19 bilion saham.

Saham Felda Kedua Terbesar Selepas Saham Facebook

Majlis Pelancaran FGVH

Daripada jumlah terbabit, FGVH selaku operator ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia akan menawarkan 1.92 bilion saham untuk langganan pelabur institusi termasuk 1.5 bilion kepada institusi dan pelabur terpilih tempatan serta luar negara.

Sebanyak 419.54 juta lagi saham kategori itu diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pada masa yang sama, sebanyak 273.6 juta saham atau 7.5 peratus akan dikhususkan untuk pelabur awam.

Datuk Seri Najib Tun Razak, perdana menteri Malaysia berkata, daripada 273.61 juta saham untuk langganan pelabur awam itu, sebanyak 200.65 juta saham atau lebih 70 peratus bakal diagihkan kepada peneroka dan kakitangan Felda serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan Felda.

Menurut beliau lagi, baki 72.96 juta saham akan ditawarkan untuk orang awam. Peratus agihan yang tinggi itu membuktikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan menggunakan penyenaraian itu untuk memanipulasikan golongan peneroka adalah tidak benar.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa apa yang kita lakukan ini adalah sebagai menepati amanah yang ditinggalkan oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein” ucap Datuk Seri Najib ketika majlis pelancaran.

 

Comments

  1. says

    Penat jerih peneroka selama berpuluh tahun utk naikkan name Felda,
    tapi bila saham yg berbillion diapongkan, peneroka yg mampu & berminat hanya dpt 800 unit sahaja…….sungguh ter-amat mengecewakan peneroka !!!!…..Felda mungkin telah segera menjayakan mereka yg bukan Warga Felda menjadi kaya raya dengan saham Felda…….
    Ahli keluarga/generasi kedua – tiada peruntukan saham langsung.

Leave a Reply