Saiful Apek Bebas Dari Hukuman Dadah : Saiful Apek dan 3 rakannya di bebas dari hukuman dadah tanpa perlu membela diri.
Apek dan 3 rakan mereka yang di dakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka 3 tahun lalu di bebas selepas mahkamah mendapati terdapat percanggahan bukti ke atas kes mereka.
Sampel ujian air kencing yang di ambil dan di simpan terlalu lama telah menimbulkan keraguan dalam perbicaraan kes tersebut.
Percanggahan tarikh spesimen yang di ambil juga turut menimbulkan keraguan dan menjadi salah satu punca pengguguran kes.
“Kelewatan ujian air kencing yang dilakukan dan percanggahan tarikh spesimen itu diambil selain beberapa faktor lain seperti kewujudan dua borang permohonan untuk melakukan ujian saringan dadah dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti lain telah menjadikan kes ini lemah,” ujar Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, diwakili oleh peguam Mohd Fadli Hashim.
Percanggahan tersebut berpunca dari kesilapan penandaan tarikh pemungutan spesimen pada label botol Saiful Apek dan Noremy. Sarjan M. Sanggar pegawai polis tersebut mengakui tersilap menulis tarikh pada botol berkenaan iaitu 12.9.2010 berbanding tarikh sebenar 12.6.10. Kesilapan itu disedari ketika memberi keterangan di mahkamah.
Saiful Apek Bebas Dari Hukuman Dadah
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA


{ 2 trackbacks }