Samsung Galaxy S3 dan iPhone 4S Harga RM599

by Black Hat on 9 June, 2012

in Info Riadah

Share:

Samsung Galaxy S3 dan iPhone 4S harga RM599 ok? peluang promosi murah Samsung Galaxy S3 dan iPhone 4S dengan harga rm599.

Tawaran ini hanya valid jika anda susah menjadi Maxis One Club (MOC).

samsung galaxy s3 dan iphone 4s harga RM599

Maxis Berhad dari satu kenyataan media memberitahu, bagaimanapun ahli MOC perlu memenuhi beberapa kelayakan sebelum boleh mendapatkan produk berkenaan pada harga rendah tersebut.

“Bagi layak mendapatkan Samsung Galaxy S3, ahli MOC perlulah komited kepada pelan ValuePlus 150 ke atas dengan pelan data 1GB selama 24 bulan.  Pelan ini juga akan menyediakan ahli dengan kadar suara dan internet terbaik.

“Bagi ahli MOC yang berminat dengan tawaran iPhone 4S harga RM599 (16GB) pula hendaklah mendaftar untuk pelan iValue 2 selama 24 bulan,” ujar Maxis dalam kenyataan itu.

Maxis juga menyatakan, tawaran berkenaan hanya valid dari 9 hingga 24 Jun dan boleh didapati di semua Pusat Maxis dan kedai-kedai Rakan Eksklusif Maxis yang ada di seluruh negara.

Maklumat lanjut bagi menyemak kelayakan keahlian MOC boleh hubungi talian 1-800-82-1123 ataupun layari laman web di pautan [Maxis One Club – Privileges and rewards] ini.

5.0

Previous post:

Next post: